Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.Mungkin ramai fikir belajar memandu ni membosankan,yelah, nak dengar ceramah lagi,ujian lagi, dan belajar memandu lagi.Dalam 2 bulan baru habis.Sebenarnya bila kat sekolah memandu sama macam kita kat kolej atau universiti,mula-mula memang rasa bosan,dah masuk nanti happylah sebab dapat kawan baru,dapat first try pegang stereng,dan dapat rasa cuak masa test JPJ.Perasaan tu memang mengujakan.Sesiapa yang dah join je rasa,bestnya dapat rasa camtu.
Dalam artikel ini admin nak fokuskan siapa kawan kita semasa dalam proses kursus belajar memandu.
- 1)Orang Pertama ialah orang Marketing lesen memandu.Orang ni kita hello mula-mula,tanya je macam-macam dia akan balas tanya pasal apa yang kita nak tahu dalam kursus memandu atau motor.
- 2)Orang kedua ialah cikgu jemput,ni yang ambil transportlah sekolah memandu.Orang ni pagi-pagi dah call.”Awak kat mana”.Pengalaman cikgu jemput ni memang banyak tahu perangai student sebenar,yang suka bangun lambat,yang kejap-kejap call cikgu jemput kat mana.pelajar kena rapat juga dengan dia sebab dia akan share jugak tips-tips berguna.
“Cikgu kat mana?”.”saya OTW”.Padahal cikgu baru pas dating. |
- 3)Orang ketiga ialah kawan-kawan yang datang naik kereta dengan kita atau duduk dengan kita masa ceramah.Ramai dah jadi BFF masa ni dan dah ada jugak yang bertemu jodoh masa dalam kursus ni.
Ni antara student yang jadi BFF yang kenal masa first ceramah.muka happy lepas lulus ujian komputer. |
- 4)Orang keempat yang akan jadi kawan kita ialah cikgu memandu.Cikgu memandu ni lah orang paling sabar dengan karenah student memandu,ada yang menjerit takut,ada yang brek-brek,ada yang nak menghadapi student yang pendiam.Cikgu memandu adalah orang yang banyak bersabar,Hargailah cikgu anda,dengar cakap dia elok-elok.diorang pun ada anak bini,jangan bawa membahayakan diri.huhuhuhuhu.
Mana lah student aku ni,2 jam dah tunggu tak sampai-sampai. |
Ramai lagi yang akan jadi kawan-kawan bila student dalam kursus memandu seperti penceramah,mak cik kantin,kucing-kucing yang comel sekitar sekolah memandu dan ramai lagi.Ini sahaja artikel ringkas dan serba sedikit yang boleh kami kongsikan.kalau tak penat tolong share artikel ni di Facebook,twitter anda.Setiap sharing dapat membantu kami bersemangat buat artikel yang berguna untuk netizen.
Di bawah ada sedikit candit pic yang saya kongsikan untuk share sedikit pengalaman selama di sekolah memandu.
Student paling otai kami.Encik SAUPI.Umur dalam hujung 70 an |